sila klik sini

Tuesday, 26 April 2016

KUIH KERIA PALING FEMES ADA KAT MELAKA !!!!

selasa          26  april  2016



Assalamualaikum dan salam sore...







Sapa penah makan kuih keria ni time datang Melaka ???  sedap kan...tang gula sira tu yg special sangat2...selalu kalau kat tempat lain kuih keria di sira pakai gula pasir biasa...tapi kalau kat sini diorang guna gula melaka tau...memang manis memikat sangat...tapi manis gula melaka tak la sama cam gula pasir biasa tu...manis gula melaka ni memang lain dari yg lain...tak caya korang kene cuba sendiri :)



Kat mana korang bole dapat kuih keria gula melaka yg femes ni ???  kuih ni bole di dapati di gerai kuih keria antarabangsa Haji Jalil yg terletak di Limbongan Melaka...setiap keping berharga 50 sen sahaja...kalau pegi time hujung minggu bole tengok orang beratur panjang semata2 nak beli kuih keria yg sedap bom...bom..kebabom ni...pekena sekali pasti termimpi2 kekdahnye...kuikuikui...so pada sapa2 yg nak datang berjalan ke Melaka tu jom la terjah gerai kuih keria Antarabangsa Haji Jalil ni...kompom puas hati...selain kuih keria kat warung Haji Jalil ni ada gak jual laksa utara yg sedap bole tahan...makan panas2 memang terangkat...


singgah na jangan tak singgah... :D







11 comments:

  1. Pandai dia buat lain dari yg lain
    Dah kata kat Melaka guna gula melaka - good idea kan Linda.

    ReplyDelete
  2. dekat je dengan opis tapi malas nak p haha
    tolong hantar kat opis sket kak =P

    ReplyDelete
  3. Lain dari yang lain ni....tentu sedap sangat .Tengok kuih keria yang bertimbun tu dah tau ramai peminat.Yalah linda kalau akak sesat kat melaka boleh terjah gerai ni.
    Dan lagi akak nak uar2 pada kawan2 yang selalu ulangalik ke melaka untuk sama nikmati.

    ReplyDelete
  4. pernah gak dengar tapi kak ana tak pernah try lagi, teringin gak malinda :)

    ReplyDelete
  5. Pes time tengok keria goreng ranggup, kalau dapat syok makan sambil sembang ni..:)

    ReplyDelete
  6. First time tengok kuih keria gaya macam ni. Nampak macam kuih denderam pulak dah jadinya. Nantilah kalau saya jenjalan kat Melaka, saya singgahlah merasa. Nampak macam best aje!

    ReplyDelete
  7. ahkak!!! aida lom pernah rasa meskipun ribuan kali lalu ha ha ha :)

    ReplyDelete
  8. Hari tu cari kedainya x jumpa la....katanya sedap kan...

    ReplyDelete
  9. pernah baca kat blog sapa ntah dah dua kali dia pi beratur nak membeli..tapi belum berezeki nak merasa..memang tengah hot keria ni nampaknya.

    ReplyDelete
  10. Kecur sudah memalam ni tau tengok kuih keria....kalaulah dekat!! Limbungan tu kat mana Mel, blur weyh

    ReplyDelete